Jumaat, 28 Ogos 2009

Fahami Sifat Pasangan


Agak sukar sebenarnya untuk memahami perasaan pasangan kita sama ada mereka gembira atau tidak dengan apa yang dilakukan. Misalnya, hubungan dengan suami atau teman lelaki ada ketikanya melalui fasa agak sukar kerana berlaku salah faham, kurang perihatin atau silap tanggapan terhadap sesuatu perkara. Wanita kadang-kadang kurang memahami suami atau teman lelaki. Suami atau teman lelaki pula kadangkala tidak faham naluri dan kehendak wanita. Dalam hal ini, ada sesuatu yang harus dipelajari oleh kedua-duanya untuk mencapai persefahaman. Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan :


Cerewet


Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati. Sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana sahaja.



Perhatian


Wanita suka diberi perhatian dan adakalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka 'syok sendiri' dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk.



Penting Diri


Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjerat perasaan mereka kerana sering mengharapkan lelaki memahami sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.



Beli-Belah


Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.



Mengumpat


Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai orang lain dan akhirnya mengutuk. Jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.



Tidak Tunjuk


Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.



Berdiam Diri


Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.



Bebas


Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita mengongkong lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.



Penting Diri


Adakalanya isteri kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang.



Berdikari


Jangan terlalu bergantung kepada suami dan teman lelaki anda pada perkara yang mampu anda lakukan. Ada wanita yang terlalu bergantung kepada suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki.



Ubah Perangai


Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia elakkan perbuatan itu kerana ia tidak memberi makna.



Banyak Soalan


Sesetengah wanita suka bertanya pelbagai soalan kepada suami atau teman lelaki tetapi tidak suka kepada jawapan yang diberikan kepada mereka. Ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita.



Rendah Diri


Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan karenah wanita sedemikian.



Sensitif


Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting.



Terima Hakikat


Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu.



Sumber : petuamelayu.com




Jumaat, 14 Ogos 2009

Wabak H1N1

Seluruh umat manusia merasa bimbang, khuatir akan kesan yang dibawa oleh H1N1. Kehadiran penyakit ini sememangnya mampu menghadirkan rasa gerun kepada kita semua..Mana tidaknya, sehingga kini belum ada sebarang penawar/anti viral dihasilkan untuk menyembuhkan manusia dari jangkitan penyakit ini. Sehingga hari ini sahaja (14 Ogos 2009) seramai 51 orang telah terkorban. Kebanyakan mereka ini adalah golongan yang berisiko tinggi. Kadang-kadang terfikir juga, apakah segala tindakan atau pelan kecemasan yang dirancang oleh pihak kerajaan mampu untuk mencegah penyakit ini daripada menular. Apakah kita benar-benar mengamalkan segala saranan pihak kesihatan dalam aspek kebersihan diri. H1N1 ini boleh dikatakan sudah menjadi satu 'wabak'. Walaupun 98 peratus pesakit H1N1 telah pulih dan sembuh selepas menjalani rawatan, namun ianya membuatkan kita menjadi tidak senang duduk. Pertambahan bilangan korban H1N1 setiap hari amat menggusarkan. Apakah perintah 'darurat' perlu dikuatkuasakan. Apakah kerajaan perlu mengeluarkan arahan larangan mengadakan majlis-majlis keramaian. Hanya masa akan menentukan. Disebalik gejala wabak ini, timbul juga teori lain mengatakan bahawa H1N1 ini merupakan penyakit yang dirancang oleh kuasa Barat. Ianya bertujuan untuk memulihkan semula ekonomi kuasa ekonomi dunia ini yang merosot. Wallahualam.