Khamis, 21 Mei 2009

Tanda-Tanda Kematian

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Khamis, 7 Mei 2009

Tahniah Y.A.B. Dato' Seri Najib

Tahniah saya ucapkan kepada Y.A.B. Dato' Seri Najib di atas pendekatan yang diamalkan dalam pentadbiran beliau. Saya amat menyokong tindakan beliau yang kerap kali membuat lawatan mengejut ke kawasan-kawasan tertentu tanpa amalan protokol..gaya penadbirannya yang 'mesra rakyat' ini harus menjadi ikutan kepada semua wakil-wakil rakyat (mungkin jugak harus menjadi ikutan kepada pemimpin2 jabatan kerajaan) ...bak kata beliau wakil rakyat harus disayangi dan bukannya ditakuti...pendekatan ini harus menjadi 'budaya' dan amalan dalam sanubari pemimpin BN....saya percaya sekiranya ianya telah menjadi 'budaya' pasti sokongan rakyat kepada kerajaan akan kembali meningkat....Wakil-wakil rakyat BN harus mengubah pendekatan mereka dalam mendekati rakyat...bukannya menunggu jemputan semata-mata dan mengharapkan acara sambutan besar-besaran seperti karpet merah dsbgnya...wallahualam





Jumaat, 20 Mac 2009

Najib..Muhyiddin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz, secara terus terang menyatakan dalam Mingguan Malaysia hari ini bahawa gabungan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin “merupakan gandingan yang amat mantap dan meyakinkan.” Kata Nazi lagi: “saya kira itulah yang hendak dilihat rakyat.”

Khamis, 19 Mac 2009

UMNO Kena 'BERSIH'

Keputusan Lembaga Disiplin UMNO telah dibuat..Bagi saya ia amat kena dan tepat pada masanya..Kalau ahli UMNO nak melihat UMNO benar-benar bersih, maka ahli-ahli UMNO perlu bersedia untuk menghadapi tindakan drastik seperti ini. Cuma apa yang dikesalkan, hukuman yang telah dijatuhkan ini seolah-olah wujud 'double standard'..ada yang dijatuhkan hukuman tetapi dibenarkan bertanding..ada yang tidak dibenarkan bertanding..entahlah..seperkara lagi ialah saya berharap Lembaga Disiplin UMNO tidak berkrompomi dengan menerima rayuan calon yang telah dikenakan hukuman..sekiranya rayuan itu diterima, maka apa yang cuba dilakukan UMNO hanya merupakan cakap-cakap kosong tanpa tindakan yang tegas...Kesannya, UMNO harus bersedia untuk dibuang dan dibenci rakyat...Fikir-fikirkanlah....