Jumaat, 21 November 2008

Sekatil, Sebantal

Apa nak jadi ni..Kemenangan besar pembangkang pada PRU-12 yang lalu telah membawa satu perubahan besar sosio politik dalam negara..Pakatan Rakyat dianggotai oleh Keadilan Nasional, PAS dan DAP telah menguasai pentadbiran beberapa negeri khususnya di Utara tanahair. Berdasarkan pandangan umum, kekalahan BN bukan disebabkan rakyat sudah tidak boleh menerima parti tersebut tetapi disebabkan semacam satu proses 'membalas dendam' disebabkan perasaan marah didorong oleh isu-isu semasa yang tidak terungkai. Cuma satu sahaja yang ingin saya nyatakan di sini, adakah Pakatan Rakyat ini sanggup berkrompomi antara satu sama lain. Adakah PAS yang mempunyai ideologi berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh DAP sanggup duduk dalam katil dan bantal yang sama. Masa yang akan menilai semuanya ini...

Khamis, 20 November 2008

Majlis Jalinan Mesra Penduduk Islam dan Perasmian Tapak Surau Taman Kempas Indah

JOHOR BAHRU : Majlis Jalinan Mesra Penduduk Islam dan Perasmian Tapak Surau Taman Kempas Indah telah berlangsung dengan jayanya atas komitmen dan kerjasama semua pihak. Ini merupakan majlis pertama seumpamanya diadakan dan merupakan aktiviti kedua selepas program marhaban pada bulan Syawal yang lalu. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abu Bakar Rashid selaku wakil rasmi Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Halim Suleiman, ADUN Puteri Wangsa.

Khamis, 13 November 2008

Kontrak Sosial

Kekeliruan Mengenai Kontrak Sosial
Perdebatan mengenai kontrak sosial hangat dibincangkan di media tempatan apabila akhbar Mingguan Malaysia pada 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati'. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media.

Mengapa ISA Perlu Dipertahankan




Kebelakangan ini Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hangat diperkatakan apabila berbagai pihak memberikan pandangan sama ada akta tersebut perlu dihapuskan atau dikaji semula. Malah isu tersebut jugalah yang menyebabkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan kerana mempertahankan kenyataan beliau ISA perlu dikaji semula.

Pelbagai alasan dibangkitkan. Antaranya, akta tersebut tidak lagi dianggap relevan dan melanggar hak asasi manusia. Semua ini berpunca daripada timbulnya rasa tidak puas hati segelintir rakyat negara ini terhadap penahanan seorang wartawan, seorang ahli politik dan seorang penulis blog baru-baru ini.

Rasional ISA mula dipersoalkan dan elemen utama yang menjadi tonggak kenapa akta tersebut diwujudkan juga tidak lagi diambil peduli. Semuanya berkisar tentang kebebasan bersuara. Kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat tetapi mereka tidak sedar apa yang mereka suarakan ibarat mencurah minyak ke dalam api.

Malangnya ISA yang dianggap sebagai satu undang-undang yang baik, kerap kali disalah ertikan dan dijadikan mainan politik pihak berkepentingan. Sejak diperkenalkan pada 1960 sebagai undang-undang pencegahan bertujuan untuk membanteras kegiatan subersif komunis, ISA memberi impak yang begitu besar kepada keamanan, kemakmuran dan pembangunan negara. Dakwaan ISA sudah ketinggalan zaman tidak tepat kerana akta tersebut sudah melalui pindaan dan prosedurnya juga sudah banyak berubah berbanding peringkat awal ia dilaksanakan.