Khamis, 15 Januari 2009

Sekatil Sebantal 2

Akhirnya apa yang dijangka berlaku akhirnya terjadi....
  1. Perkahwinan bermadu antara Parti Keadilan Rakyat dengan PAS serta DAP mulai nampak bergoyang..Apa tidaknya, dua madu ini iaitu PAS dan DAP tidak sepakat nak tinggal 'serumah', yang menjadi mangsa 'tersepit' di tengah-tengah ialah si suami iaitu Parti Keadilan Rakyat...Isu 'hudud' yang selama ini menjadi perjuangan PAS telah ditempelak oleh DAP. Ini yang dikatakan perkahwinan yang tidak harmoni umpama retak menanti belah.
  2. Ketidaksepakatan Pakatan Rakyat kini mula menampakkan kesannya. Contoh, arahan Y.A.B. Menteri Besar Perak sebagai ketua kerajaan negeri yang melarang pemilihan ketua-ketua kampung dikatakan diingkari oleh wakil rakyatnya...
  3. Kerajaan negeri Selangor pula tak dapat nak berfungsi dengan betul..Apa tidaknya, Y.A.B. Menteri Besar sering tersepit dalam membuat keputusan kerana menerima desakan dari parti DAP.
  4. Tindakan kerajaan Pulau Pinang yang membenarkan penggunaan pelbagai bahasa sebagai nama jalan agak membelakangkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan. Penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar mampu membenihkan perasaan perpaduan antara masyarakat majmuk di dalam negara ini.

Fikir-fikirkanlah...adakah kerajaan seperti ini yang kita mahu memerintah negara....BN adalah sebaik-baik parti yang memerintah kerajaan. Namun begitu, BN perlu banyak 'berubah' untuk memenangi semula hati rakyat. BN harus menjadi pembela nasib rakyat...



Tiada ulasan: