Khamis, 28 Mei 2009

Tolong!!!!!!

Apa nak jadi ni..terperanjat besar aku ari ni bila melihat dada akhbar berkenaan sikap 'biadap' along..Mana taknya, tiga orang peminjam dirantai, dipukul dan dikurung macam 'lembu'...Bukan banyak pun yang dia orang pinjam, sekitar RM 1500 hingga RM 4000 jer...Ishh..sikap dia orang ni dah melampau...Yang aku pelik sangat ni kenapa orang kita ni tak sedar2 bahaya yang akan timbul sekiranya mereka membuat pinjaman ngan along ni....dah naik berbuih dah mulut ni memberi penjelasan...namun, tak faham2...'bengong'....Bila tak boleh bayar, sekarang siapa yang susah..Dapat duit memang sedap, nak bayar semula memang tak sedap...Kadar bunga tinggi beb....
Aku rasa dah tiba masanya pihak berkuasa berbuat sesuatu dengan mereka ini...Mungkin Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu untuk menggerakkan penguatkuasa mereka untuk membuat pemantauan dan menanggalkan iklan2 haram along....PDRM mungkin perlu membuat operasi pembanterasan secara berterusan....Along2 ni perlu ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat...Kalau perlu gubal undang-undang sedia ada, gubal jelaa.....Bukan apa, aku rasalaa, along ni semua didalangi oleh kumpulan 'kongsi gelap'....Mereka ni semua berhati kering, sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan wang mereka semula....Anggota masyarakat pun kenala jugak bantu pihak berkuasa....Misalnya, Rukun Tetangga (RT), Komuniti Bestari (KB) dll perlu gerakkan fungi mereka...buat rondaan, tanggalkan iklan haram di kawasan komuniti mereka.....Bukan susah pun nak hapuskan along ni...senang jer.....kalau xde yang nak pinjam ngan along, lama2 mereka ni pun 'tutup kedai'.....

4 ulasan:

panglima_sepat berkata...

kadang2 yg buat pinjaman along ni dia terdesak sangat. contohnya ahli keluarga sakit tenat dan sebagainya.. nak buat pinjaman bank tak buleh sbb diorg keje sendiri dan takde slip gaji.. Aku kesian takde org nak tolong diorg last2 jumap la along..
akibatnye merana badan...
Tapi kalo penghutang along ni ialah kaki2 utang yg dah di blacklist sbb tak dapat pinjaman bank mmg patut pun kena jadi hamba along tu..
dah tau tak berduit buat cara takde duit.. dah tau tak mampu bayar jangan pinjam..
kesimpulannya, rancang dan aturlah kewangan diri dan keluarga dengan baik agar kita tak terlibat pinjam along

Dakjaat™ berkata...

aku rasakan .. ah long ni dah belajar amek master nak buat lokap .. ekekeke! tapi dorang ni mmg kejam la.. tak elok la macam tu ... patutnya hal ini dah lama dihapuskan .. tapi??? nak kata polis tak buat kerja tak adil plak.. tapi ... aduh~ macam mane ni teraju hitam? salah polis yang mengamalkan rasuah kah?

baijaybee berkata...

bdasarkan pemerhatian akulakan...sebenarnya mmg ade penguatkuasaan undang2 dari pihak berkuasa...tp..mcam x sungguh2..kalau ko g kat JB ni...bersepah2 iklan2 haram along....sampai kat tempat nak letak kain rentang milik PBT pun along ni pasang...PBT tak turunkan pulak...sape nak jawab tu??kita ni slalu hangat2 tahi ayam jer...bile berlaku sesuatu barula nak ambik tndakan...bila perkara ni dah senyap, semua duduk diam...btambah teruk lak..ada lak tuduh-menuduh...A tuduh B, B tuduh A...wallahualam

future phenomenon berkata...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian