Khamis, 28 Mei 2009

Tolong!!!!!!

Apa nak jadi ni..terperanjat besar aku ari ni bila melihat dada akhbar berkenaan sikap 'biadap' along..Mana taknya, tiga orang peminjam dirantai, dipukul dan dikurung macam 'lembu'...Bukan banyak pun yang dia orang pinjam, sekitar RM 1500 hingga RM 4000 jer...Ishh..sikap dia orang ni dah melampau...Yang aku pelik sangat ni kenapa orang kita ni tak sedar2 bahaya yang akan timbul sekiranya mereka membuat pinjaman ngan along ni....dah naik berbuih dah mulut ni memberi penjelasan...namun, tak faham2...'bengong'....Bila tak boleh bayar, sekarang siapa yang susah..Dapat duit memang sedap, nak bayar semula memang tak sedap...Kadar bunga tinggi beb....
Aku rasa dah tiba masanya pihak berkuasa berbuat sesuatu dengan mereka ini...Mungkin Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu untuk menggerakkan penguatkuasa mereka untuk membuat pemantauan dan menanggalkan iklan2 haram along....PDRM mungkin perlu membuat operasi pembanterasan secara berterusan....Along2 ni perlu ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat...Kalau perlu gubal undang-undang sedia ada, gubal jelaa.....Bukan apa, aku rasalaa, along ni semua didalangi oleh kumpulan 'kongsi gelap'....Mereka ni semua berhati kering, sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan wang mereka semula....Anggota masyarakat pun kenala jugak bantu pihak berkuasa....Misalnya, Rukun Tetangga (RT), Komuniti Bestari (KB) dll perlu gerakkan fungi mereka...buat rondaan, tanggalkan iklan haram di kawasan komuniti mereka.....Bukan susah pun nak hapuskan along ni...senang jer.....kalau xde yang nak pinjam ngan along, lama2 mereka ni pun 'tutup kedai'.....

Rabu, 27 Mei 2009

Alahai Hock Nan : Gila Publisiti ke ?
















Pelik btul aku ngan sikap masyarakat kita hari ini..Ttiba pulak nak suruh kerajaan benarkan Petualang Chin Peng balik semula ke Malaysia...Apa kena ngan si Hock Nan ni...gila publisiti ke apa...Buta sejarah ke...Dia tahu tak masa zaman darurat dulu, Parti Komunis Malaya (PKM)ini terlalu kejam..semua orang dibunuhnya..mereka mengganas..merampas harta benda rakyat, membuat huru hara dalam negara..Bukan sikit2 beb orang awam dan anggota keselamatan yang terkorban...sampai hari ni pun kita masih boleh lihat mereka yang mengalami kecacatan fizikal dan mental kesan dari kekejaman Komunis....Rasanya dah tiba masa untuk kerajaan memainkan semula dokumentari berkenaan kekejaman PKM...Filem Bukit Kepong juga harus ditayang semula samada melalui kaca tv atau melalui tayangan wayang pacak Jabatan Penerangan...Filem ni banyak memberi pengajaran dan keinsafan...Mungkin generasi lepas merdeka kurang ataupun tidak merasai penderitaan kesan kekejaman PKM....Sebab tu mereka ni mcm endah tak endah jer....Seperkara lagi aku rasa kerajaan harus bertindak segera dengan mewajib atau menitikberatkan mata pelajaran sejarah di sekolah2...Jadikan matapelajaran sejarah sebagai matapelajaran wajib untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.....
seperkara yang aku dok terpikir ialah, tak boleh ke kerajaan dakwa Petualang Chin Peng ni ke Tribunal Mahkamah Antarabngasa di The Hague, Belanda.
Wallahualam

Khamis, 21 Mei 2009

Hargailah Insan Yang Bernama 'Isteri'..

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba² mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa² kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat² islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10


Saat-Saat Kelahiran..

Jadikanlah klip video ini sebagai sesuatu yang menginsafkan...Jangan dok pikiaq sedap jer...Lihatlah kebesaran yang Maha Esa....