Id, Ego & Superego
Terdapat beberapa teori apabila kita membincangkan perkara berkaitan perkembangan manusia. Kepelbagaian teori yang berbeza ini membolehkan perkembangan manusia itu dilihat dalam pelbagai sudut dan dimensi. Antara teori-teori yang digunakan untuk mengkaji perkembangan manusia ialah :-
i. Teori Psikoanalitik
ii. Teori Kognitif
iii. Teori Tingkah Laku Dan Kognitif Sosial
iv. Teori Ethologi
v. Teori Ekologi
vi. Teori Orientasi Eklektif
Teori Psikoanalitik
Teori ini diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Beliau banyak mengkaji perkembangan manusia dari segi aspek fikiran tidak sedar, berbeza dengan apa yang dikemukakan oleh Wundt, iaitu psikologi fikiran sedar. Teori psikoanalitik terbentuk semasa Freud bekerja sebagai doktor perubatan yang mengkaji bidang neurologi (urat saraf) di kalangan pesakit-pesakit mental.
Teori Psikoseksual Freud
Freud (1971), telah mengemukakan tiga struktur khusus personaliti yang dinamakan sebagai id, ego dan superego. Tiga struktur personaliti ini dipercayai selesai terbentuk apabila umur kanak-kanak mencapai tujuh tahun.
Id
Id dianggap sebagai struktur personaliti primitif dan paling sukar untuk dicapai. Ia merupakan naluri, iaitu tenaga psikik yang dimiliki oleh individu. Lazimnya ia adalah bersifat tidak rasional/tidak waras dan memiliki ciri-ciri keseksualan dan kebinatangan. Kedua-duanya memerlukan proses fikiran tidak sedar. Id tidak mempunyai ikatan dengan keadaan sekitarnya walaupun saling berhubungan dengan struktur personaliti lain yang seterusnya menjadi platform yang menghubungkan naluri Id dengan dunia luar. Kencenderungan Id yang bersifat tidak dipengaruhi oleh keadaan sekitarnya dan tidak tertakluk kepada sebarang persetujuan sosial, tindakan Id sentiasa berpandukan keseronokan, berusaha memenuhi kehendak naluri libido samada secara langsung melalui pengalaman seksual atau tidak secara langsung melalui mimpi atau khayalan.
Ego
Ego adalah merupakan struktur personaliti yang berkait dengan realiti. Ego dikatakan mempunyai struktur personaliti yang berbeza tetapi masih hampir dengan Id. Ego turut dikenali sebagai cawangan eksekutif kepada personaliti kerana menggunakan penaakulan dalam membuat sebarang keputusan. Perkembangan ego dilihat bermula seawal umur dua tahun apabila seseorang kanak-kanak mula berhadapan dan mengadaptasi persekitarannya. Segala tindakan ego adalah ditentukan berdasarkan prinsip realiti. Ini bermaksud, pencapaian matlamat demi memenuhi tenaga libido (psikik), dikenali sebagai proses sekunder dan ianya dipenuhi dengan cara yang sesuai dengan tuntutan masyarakat sekitarnya.
Superego
Superego merupakan struktur personaliti yang terakhir yang muncul pada usia lima tahun. Ia berbeza dengan Id dan Ego (berkembang dari dalam diri), kerana ia berkembang kesan desakan luaran. Superego adalam cawangan moral kepada personaliti. Superego berkeupayaan untuk menentukan baik dan buruk. Sebarang tingkah laku moral yang positif akan dianggap sebagai keidealan ego. Sebarang tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai moral yang positif akan menyebabkan individu merasa bersalah diselubungi kebimbangan yang amat mendalam. Superego dan Id sentiasa berada dalam keadaan berkonflik dan pada masa yang sama Ego akan berperanan untuk menyelesaikan konflik tersebut.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan