1.0 PENGENALAN
Susu ibu merupakan makanan dan minuman yang paling berkhasiat dan terbaik pada peringkat pertama tumbesaran bayi. Susu dianggap sebagai kunci hubungan antara pemakanan dengan kejiwaan serta kesan hubungan rapat antara anak dengan ibu. Walaupun dewasa ini, wujud pelbagai susu formula yang cuba menyaingi dan menyamai peranan susu ibu, namun berdasarkan kajian yang dijalankan telah terbukti bahawa susu ibu adalah tetap yang terbaik berbanding susu formula yang lain. Bahkan para ibu juga tidak menyedari bahawa pemberian susu formula pada umur bayi yang terlalu muda mengakibatkan cirit-birit dan pelbagai jenis penyakit lain. ‘Hingga saat ini susu ibu merupakan makanan paling terbaik bagi bayi dalam tahun pertama kehidupan’ (Kleinmann, 2004).
Dalam perspektif Islam, Allah telah menentukan bahawa susu ibu adalah untuk anak (manusia). Dalam surah Al-Baqarah ayat 233, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15, Allah telah berfirman bahawa ‘ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan’. Di dalam bahasa Arab, penyusuan ini disebut ‘al-Ridha’ atau al-Radhaan. Manakala mengikut hukum syarak, penyusuan membawa maksud kesampaian susu ibu ke dalam perut bayi yang tidak melebihi umur dua tahun. Apabila seseorang bayi telah meminum susu ibunya, maka disabitkan penyusuan ke atas mereka samada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut dengan menghisap tetek, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya atau dengan cara dimasukkan susu melalui hidungnya (Abdul Rahman al-Jaziri 1969:250). Takrifan ini menjelaskan penghisapan tetek binatang dan sebagainya (kecuali manusia) tidak termasuk dalam takrif penyusuan menurut hukum syarak.
Walaupun makanan pejal sudah boleh diperkenalkan kepada bayi seusia empat atau enam bulan, namun mereka masih perlu diberi susu (susu badan atau susu formula). Sehingga kini tiada saranan dan kajian yang menetapkan bila masa terbaik menghentikan pemberian susu badan tetapi selagi bayi makan makanan pejal yang sesuai dengan usianya, seseorang ibu itu boleh terus menyusukan anak mereka.
2.0 KEPENTINGAN PENYUSUAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM
Mengikut perspektif Islam, Allah telah berfirman ‘Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; susukan ia dan apabila kamu khuatir terhadapnya, maka jatuhkan ia ke dalam sungai (Nil). Janganlah kamu khuatir dan janganlah pula kamu bersedih hati kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang) daripada Rasul.’ (Al-Qasas, 7)
Petikan ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah memang telah merancang jadualNya untuk menemukan Nabi Musa a.s dengan ibunya untuk menikmati susu ibunya sendiri. Selama ibu menyusukan anaknya, maka beliau berada dalam kemuliaan yang penuh pesona. Kasih sayang dan perasaan keibuannya muncul bersama dan terbina dalam diri anaknya.
Selain itu, kepentingan hak anak-anak untuk mendapat penyusuan susu ibu ini juga dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah 2:233, maksudnya ‘Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan, dan wajiblah bapa (menyediakan keperluan) makan minum dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebankan melainkan dengan kesanggupannya. Janganlah ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, begitu juga bapa kerana anaknya dan warisnya demikian juga. Kalau kedua-duanya hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya (ibu dan bapa) tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa, jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya. Dan patuhlah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah itu melihat apa yang kamu kerjakan.
Kepentingan penyusuan dalam Islam turut dapat dilihat apabila Islam turut mengharuskan anak-anak disusukan oleh wanita lain yang solehah dan mukminah, sekiranya ibu bayi tersebut tidak berupaya dan tidak mempunyai air susu. Ini dapat dilihat seperti apa yang dilakukan kepada Rasulullah s.a.w. di mana Baginda disusukan oleh Halimatus Sa’diah.
Rasulullah s.a.w. pula bersabda, maksudnya; ‘Lindungilah anak-anakmu daripada susu wanita penzina dan wanita yang gila, kerana air susu mereka mengandungi penyakit.’ Dalam hal ini, Islam sangat mengambil berat perlindungan terhadap anak-anak. Ia merupakan hak anak-anak yang patut ditunaikan oleh ibu bapa.
Islam turut menekankan kepentingan pemberian susu ibu, dari ibu yang mukminah dan solehah dengan tujuan untuk membentuk dan menyelamatkan moral dan akhlak anak-anak. Sifat ibu susu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada anak yang disusukan. Sebab itulah ibu Imam Syafi’i pernah menepuk belakang Imam Syafi’i untuk mengeluarkan air susu yang diberikan oleh seorang wanita lain semasa beliau tidak ada di sisinya. Keperluan kepada susu adalah satu naluri asas yang memang telah ada pada setiap bayi. Susu ibu diperlukan kepada jasmani bayi yang masih lemah. Kelemahan fizikal ini memerlukan dua unsur utama iaitu protein dan kolestrol. Ini bertepatan dengan dan amat sesuai kerana susu ibu mempunyai kandungan zat yang mencukupi untuk bayi.
Bahkan kerana dengan susu ibu yang dialirkan, anak-anak telah terhutang budi dan diwajibkan menghormati kedua ibu-bapa seperti mana yang ditegaskan oleh Allah S.W.T di dalam surah al-Israa, ayat 23 bermaksud ‘Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara keduanya sampai umur lanjut dalam peliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan disini bahawa Allah S.W.T menjanjikan balasan syurga bagi ibu yang menyusui anaknya dan berjaya mendidik mereka menjadi Muslim yang sejati.
3.0 KELEBIHAN PENYUSUAN SUSU IBU
3.1 Menyelamatkan Nyawa
Mengikut perangkaan yang dijalankan, mendapati bahawa risiko kematian bayi/kanak-kanak di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali ganda bagi mereka yang tidak menyusu badan pada peringkat usia tiga bulan yang pertama. Kebanyakkan punca kematian adalah disebabkan oleh penyakit cirit-birit yang agak serius. Kajian yang dilakukan oleh United Nations International Childrens Fund (UNICEF) pula menunjukkan seramai 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap seminit) di negara-negara membangun. Puncanya adalah kekurangan zat makanan. Kita juga harus sedar walaupun kadar kematian yang agak tinggi ini melibatkan negara-negara mundur dan membangun, namun negara-negara maju juga terkecuali dalam hal ini. Di Amerika dan barat Eropah misalnya, banyak kematian bayi adalah disebabkan oleh kes ‘Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS)’ atau ‘Cot Death’. Kes sedemikian berlaku adalah disebabkan penyusuan susu melalui botol.
3.2 Aspek Kesihatan
Amalan penyusuan susu ibu bukan sahaja digalakkan di dalam Islam malahan turut diperakui oleh pakar pemakanan dan kesihatan. Susu ibu dilengkapi semua khasiat dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan pembesaran bayi. Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang akan dihasilkan adalah berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiat proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi dan lebih sel darah putih. Kolostrum yang dihasilkan ini mampu melawan pelbagai jenis penyakit seperti cirit-birit, selsema dan radang paru-paru. Malahan tidak keterlaluan dikatakan ianya turut berfungsi sebagai peringkat pertama proses imunisasi. Kalau dilihat dari segi stastistik, kita akan dapat melihat kadar kemasukan ke hospital, jangkitan telinga, cirit-birit, ruam, alahan dan pelbagai masalah perubatan lain di kalangan bayi yang menyusu susu ibu jauh lebih rendah berbanding bayi yang minum susu formula. Ini adalah kerana bayi menerima antibodi terus dari susu ibu. Bahan-bahan pelalian yang terdapat dalam susu ibu adalah seperti berikut :-
1. Sel darah putih (leukosit) yang membunuh bakteria.
2. Bifidus faktor yang membantu bakteria lakobasilus hidup di dalam usus bayi bagi mengelakkan bakteria yang disebabkan oleh cirit-birit hidup.
3. Laktoferin yang mengikat zat besi, dapat menyekat pembiakan bakteria yang memerlukan zat besi untuk membiak.
Hampir 80% susu ibu adalah sel makrofaj iaitu sel yang boleh membunuh bakteria, virus dan fungus. Selain itu juga, susu ibu sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak mengandungi bakteria.
Di dalam Islam pula, kolostrum disebut al-laba’ (Kamil 1989: 29). Islam amat menitiberatkan aspek penyusuan susu ibu sehinggakan ada disebut sekiranya ibu tidak dapat menyusukan anak disebabkan keuzuran atau ketiadaan air susu maka diwajibkan ke atas bapa anak tersebut mengupah perempuan lain untuk menyusukan anaknya. Perkara ini dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam firmannya: ‘Dan kalau mereka (isteri) sedang hamil, hendaklah kamu (suami) membelanjai mereka sampai melahirkan kandungannya. Dan kalau mereka menyusukan anakmu, hendaklah kamu berikannya bayaran dan hendaklah kamu rundingkan mengikut yang sepatutnya. Dan kalau kamu sama-sama merasa kesulitan, bolehlah perempuan lain menyusukannya’ (al-Talaq 65:6).
3.3 Kecerdasan Mental
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat mendapati bahawa seramai 40% dari 32 orang bayi yang telah diuji kecerdasan otak adalah terdiri dari kalangan mereka yang menyusu badan berbanding dengan mereka yang menyusu susu formula (Ummi 1992 :58). Berdasarkan kajian ini, telah terbukti bahawa DHA (Docosahexaenoic Acid – sejenis asid lemak yang terdapat dalam susu ibu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi) amat bermanfaat bagi pertumbuhan otak bayi.
3.4 Ekonomik
Tanpa kita sedari, selain memberi pelbagai manfaat dari segi aspek kesihatan, susu ibu juga mampu ‘menjana’ ekonomi keluarga. Erti kata ‘menjana’ di sini bukanlah membawa maksud keuntungan dalam perniagaan, tetapi ia membawa maksud dapat mengelakkan berlakunya pembaziran (tidak melibatkan kos) dari segi aspek perbelanjaan ekonomi isi rumah itu sendiri. Sekiranya bayi diberikan susu formula, perbelanjaan sesebuah keluarga pasti akan meningkat kerana tidak semua orang mampu membeli susu formula. Misalnya, pendapatan bulanan sesebuah keluarga itu terpaksa diasingkan sedikit bagi menampung kos pembelian susu formula, kos membeli botol dan puting susu dan sebagainya. Keadaan sedemikian sekiranya melibatkan sebuah keluarga yang berpendapatan sederhana dan mempunyai bilangan anak yang ramai pasti akan menyebabkan keluarga tersebut hidup dalam keadaan huru-hara akibat kesempitan sumber kewangan. Bahkan, untuk menjimatkan perbelanjaan bayi mungkin diberi susu yang agak cair. Hal ini boleh menyebabkan bayi kekurangan nutrisi. Sebaliknya perbelanjaan terhadap kos yang tidak sepatutnya ini dapat dielakkan sekiranya ibu-ibu menggalakkan penyusuan susu ibu terhadap bayi mereka. Secara tidak langsung, penyusuan susu ibu akan dapat membentuk sebuah ekonomi keluarga yang stabil yang akhirnya nanti akan menjurus ke arah pembentukan sebuah keluarga bahagia.
3.5 Memperkukuhkan Ikatan/Psikologi
Penyusuan susu ibu akan dapat mewujudkan hubungan yang sangat erat penuh kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya. Ketika lahir, jarak penglihatan bayi hanya 30 hingga 38 sentimeter iaitu jarak antara bayi yang disusukan dengan muka ibunya. Sentuhan kulit, interaksi, kedudukan mata yang sentiasa bertentangan serta rangsangan sentuhan akan dapat meningkatkan satu bentuk ikatan hubungan yang cukup istimewa dan berpanjangan. Kajian menunjukkan bayi semuda satu minggu lebih suka dan tertarik dengan bau susu ibu. Secara tidak langsung mereka akan merasa puas dengan belaian kasih sayang yang diberikan semasa menyusu dan berasa selamat berada di dalam pelukan ibu.
Pada awal tahun 1960an, Lee Salk pernah mengemukakan teori denyutan jantung, Beliau membuat kajian dengan membunyikan rakaman denyutan jantung selama 4 hari berturut-turut kepada sejumlah bayi yang baru lahir. Kesannya, ia mampu untuk merangsang bayi dan mengurangkan tangisan sepertiga daripada mereka. Beliau merumuskan bahawa bunyi denyutan jantung ketika bayi sedang menyusu akan mampu membuat mereka menjadi lebih tenang (suasana ini mengimbau ingatan bayi kepada suasana tenang dan damai ketika di dalam kandungan).
3.6 Menjarakkan Kehamilan
Kajian yang telah dijalankan oleh pakar perubatan mengesahkan hormon prolaktin yang terdapat dalam susu ibu akan meningkat dalam darah ibu yang menyusukan anak. Penghasilan hormon prolaktin ini akan membantu melambat dan menjarakkan proses kehamilan secara semulajadi iaitu dengan cara mencegah (merencat) pengeluaran ovum dan aktiviti ovari. Satu kajian lain juga menyebut bahawa ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya untuk kira-kira enam bulan pertama tidak akan didatangi haid selama hampir 10 bulan selepas bersalin berbanding dengan hanya tiga bulan bagi ibu yang memberikan susu formula dan tidak menyusukan bayi sepenuhnya. Dalam hal ini, ibu-ibu tidak perlu lagi menggunakan kaedah moden seperti pengambilan pil perancang, penggunaan kondom dan sebagainya, sebaliknya hanya perlu memberikan susu ibu secara sepenuh masa.
3.7 Menjimatkan Masa
Penyusuan susu ibu akan membantu menjimatkan masa serta meringkaskan kerja-kerja ibu, samada di rumah mahupun ketika dalam perjalanan ke satu-satu destinasi. Berbanding dengan susu formula, susu ibu tidak memerlukan penyediaan yang lama. Ia telah tersedia dan boleh diberi kepada bayi bila-bila masa sahaja.
3.8 Mengurangkan Risiko Barah Buah Dada
Satu perkara penting yang dititik beratkan oleh ibu-ibu ialah berkenaan kurang risiko barah buah dada melalui pengamalan penyusuan susu ibu. Hasil kajian pakar mendapati bahawa proses penyusuan susu ibu samada secara langsung atau tidak langsung dapat mengurangkan risiko ibu-ibu mendapat penyakit barah buah dada (Johanna Goldfarb 1980:68). Susu yang terkumpul di dalam buah dada ibu, sekiranya tidak dikeluarkan lama kelamaan akan dijangkiti virus dan bakteria yang akan menyebabkan buah dada ibu membengkak dan bernanah. Keadaan yang berlaku ini akan mendedahkan ibu kepada risiko serangan barah buah dada yang merupakan pembunuh utama di kalangan wanita.
3.9 Multi Zat
Susu ibu mengandungi zat-zat makanan yang amat berkhasiat bagi tumbesaran bayi. Ia mengandungi 6 kali lebih banyak protein, 5 kali lebih vitamin A, 12 kali lebih karotena, 7 kali lebih vitamin E dan 3-4 kali lebih antibodi jika dibandingkan dengan kandungan yang terdapat dalam susu formula. Kandungan zat yang berganda ini menjadikannya sebagai pelindung atau penangkis terhadap serangan penyakit.
3.10 Tiada Bahan Kimia
Susu ibu juga tidak tercemar dan tidak mengandungi bahan kimia. Ini dapat mengelakkan bayi daripada terkena penyakit kancing dagu serta kejadian kulit melecet di sekeliling dubur.
3.11 Sumber Tenaga
Kandungan lemak yang terdapat di dalam susu ibu merupakan sumber tenaga bagi bayi kerana ia meyediakan jumlah tenaga dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan susu formula. Bayi yang diberikan susu formula hanya boleh menyerap 90% lemak yang diambil pada umur 1 minggu berbanding dengan 70% lemak dalam susu formula. Selain membekalkan tenaga, lemak juga amat diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan otak bayi.
4.0 KELEBIHAN ANAK
Pakar kesihatan, samada di kalangan pakar kesihatan Islam mahupun bukan Islam merumuskan hasil daripada penyusuan susu ibu mampu memberi kesan yang amat baik berbanding dengan susu formula. Antara dapatan tersebut ialah :
i. Watak anak menjadi lembut - tidak kasar dan keras kepala (degil).
ii. Emosi bayi lebih stabil
iii. Anak lebih mengasihi ibunya serta adik-beradiknya
iv. Anak berasa terjamin, yakin dan lebih berani
v. Anak tidak mudah ditimpa tekanan jiwa
vi. Minda anak lebih cemerlang
vii. Fizikal anak lebih kebal dari penyakit
Umur
Susu Ibu
Iron
(fortified formula)
Tenusu
0 – 3 bulan
Setiap 1 – 3 jam

5.0 Jadual Cadangan Pengambilan Susu Untuk Bayi 0 – 12 bulan
Umur
Susu Ibu
Iron
(fortified formula)
Tenusu
0 – 3 bulan
Setiap 1 – 3 jam
18 – 40 oz
-
4 – 5 bulan
Setiap 2 – 4 jam
24 – 45 oz
-
6 – 8 bulan
Setiap 3 – 4 jam
24 – 37 oz
-
9 – 12 bulan
Setiap 4 – 5 jam
24 – 31 oz
Sedikit Sahaja
Sumber : MerckSource Dairy
6.0 KELEMAHAN SUSU FORMULA
6.1 Khasiat Tidak Sama
Khasiat susu formula tidak sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic Acid (AA) dan Vitamin B12. Ini kerana tidak ada kajian yang boleh menunjukkan dan membuktikan kadar sebenar zat yang diperlukan oleh seseorang bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan semasa.
6.1.1 Kandungan Nutrien Susu Ibu dan Susu Formula
KANDUNGAN
SUSU IBU
SUSU FORMULA
Protein
Laktosa
Natrium
Lemak
Kalori
1.25%
7.5%
X1
3.5%
20%
3.5%
4.5%
X4
4.0%
20%
6.2 Pembaziran Wang
Penggunaan susu formula akan menggalakkan berlakunya pembaziran, di mana lebih banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk membeli susu jenis ini serta perkakasannya. Keadaan ini menjadi sukar sekiranya ia membabitkan keluarga yang berpendapatan rendah. Sebahagian besar wang terpaksa diasingkan bagi membeli susu formula (seperti diketahui susu jenis ini agak mahal, mencecah sehingga RM 50.00), serta perkakasannya seperti pembelian botol, puting dan berus susu. Ini belum diambil kira keperluan elektrik atau gas serta air yang digunakan bagi menjerang air bagi digunakan sebagai keperluan untuk menyediakan susu formula.
6.3 Tidak Selamat
Penyediaan susu formula akan mendedahkan bayi kepada risiko jangkitan penyakit. Kita sering terlupa untuk memastikan samada air yang digunakan untuk menyediakan susu formula adakah benar-benar bersih. Begitu juga dengan tahap kebersihan dan penjagaan botol susu dan alat bancuhan susu yang agak longgar dan tidak sempurna. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa bakteria akan membiak dengan cepat terutamanya apabila susu dibiarkan dalam cuaca panas (walaupun susu masih belum berbau masam atau basi).
6.4 Membazir Masa
Tanpa disedari, proses penyediaan susu formula akan menggalakkan pembaziran masa berlaku. Sebagai contoh ibu terpaksa bangun di waktu tengah malam semata-mata untuk menyediakan atau membancuh susu formula untuk bayi mereka. Perkara seumpama ini tidak akan berlaku sekiranya ibu menggalakkan penyusuan susu ibu. Susu ibu boleh diberikan pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan tanpa perlu ada rasa khuatir berhubung tahap kebersihan dan keselamatannya.
6.5 Sukar Dihadam
Zat lemak yang terdapat dalam susu formula juga tidak dapat ditukarkan kepada bentuk yang lain kerana kandungannya telah sedia disukat dan lambat untuk dicernakan. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan penghadaman dalam perut bayi yang akan menyebabkan bayi mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.
6.6 Obesiti
Kadar zat garam yang terkandung di dalam susu formula adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu. Zat garam yang berlebihan akan mengakibatkan bayi-bayi mengalami pertambahan berat badan yang mendadak. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi terdedah kepada penyakit obesiti infantit iaitu zat garam dan lemak yang terlebih dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Penyakit ini akan bertambah serius andainya ibu-ibu menambah sukatan formula kepada bayi yang berumur empat bulan ke bawah kerana bayi dalam lingkungan umur sedemikian mempunyai sistem penghadaman yang lembut dan lemah.
6.7 Kandungan Protein Tinggi
Kandungan protein di dalam susu formula yang disebut protein kasien adalah amat tinggi. Kasein mengandungi campuran asid amino yang tidak sesuai dan susah untuk dirembeskan oleh ginjal bayi. Sehubungan itu, kadangkala didapati ibu-ibu disarankan untuk mencairkan susu formula bagi mengurangkan kandungan protein. Susu yang telah dicairkan ini tidak mengandungi asid amino yang penting seperti sisteina atau taurina yang perlu untuk perkembangan otak bayi.
6.8 Alahan (Alergi)
Bayi yang diberi susu formula lebih mudah mengalami masalah alergi seperti lelah dan ekzema. Ini disebabkan oleh kandungan susu formula yang tidak dapat menandingi susu ibu yang dapat berfungsi sebagai makanan dan juga pelalian kepada bayi.
7.0 KONKLUSI
Berdasarkan fakta-fakta yang telah dinyatakan di atas, ia telah membuktikan bahawa susu ibu mempunyai signifikan yang tersendiri antaranya adalah sangat berkhasiat sebagai sumber makanan dan minuman kepada bayi. Kepentingannya ini bukan sahaja dapat dibuktikan dalam aspek perubatan moden malahan turut dititikberatkan dalam perspektif Islam.
Jika kita menghayati Al-Quran dan sunnah Rasullah s.a.w, budaya memberikan susu kepada anak-anak merupakan amalan yang diamalkan sejak kenabian lagi. Nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi Isa a.s. adalah merupakan contoh teladan golongan para nabi yang menyusu susu ibu mereka walaupun secara tidak sepenuhnya.
Sudah menjadi lumrah kehidupan bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga untuk memperolehi cahaya mata sebagai pengikat ikatan kasih mereka. Namun, tanpa kita sedari kebanyakan ibubapa masa kini sering mengabaikan penyusuan susu ibu. Mereka lebih selesa untuk bergantung kepada susu formula yang dilambakkan di pasaran.
Kajian yang telah dijalankan oleh pakar perubatan telah membuktikan penyusuan susu formula akan mendatangkan lebih banyak masalah dalam tumbesaran bayi. Sungguhpun banyak kajian telah dijalankan, kebanyakkan ibu masih belum benar-benar sedar akan kepentingan susu ibu. Situasi ini semakin parah sekiranya ia melibatkan kaum ibu yang bekerja. Alasan yang sering kedengaran ialah mereka sibuk bekerja. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk berdamping dengan anak-anak serta menjadi lebih cepat lesu dan letih apabila pulang bekerja. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan mewujudkan jurang hubungan antara ibu dan anak.
Di samping itu, wujud juga keadaan di mana ibu lebih selesa untuk memberikan susu formula kepada anak mereka lebih-lebih lagi apabila melibatkan pemberian susu formula berjenama mahal yang melambangkan status kehidupan mereka. Keadaan yang berlaku ini sebenarnya merupakan satu fenomena yang tidak sihat serta tidak membantu menggalakkan kempen penyusuan susu ibu.
Langkah kerajaan tidak membenarkan pembekal susu formula untuk mempromosi susu berkenaan di hospital dan klinik samada milik kerajaan atau swasta adalah amat bertepatan dan sesuai pada masanya. Bahkan dengan wujudnya Kempen Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia harus kita fikir semula adakah kempen yang dijalankan ini benar-benar berjaya dan mencapai matlamatnya.
Biblografi :
Ayu Aima Yusuf. 2002. Penyusuan susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Liza Ali, Intan Jastina, Zaharah Manap, Norhasliza Yusoff & Norzehan Ngadiron. 2007. Rahsia Anak Cerdas & Cergas. Shah Alam: Ultimate Pages Sdn. Bhd.
G.J. Ebrahim. 1983. Pemakanan Untuk Kesihatan Ibu dan Anak. Terj. Rosiyah Abd. Latif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Siti Nor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria & Jaafar Salleh. 2006. Amalan Ibu Mengandung Menurut Al-Quran, As-Sunnah & Pengalaman. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Maryam Abdul Majid. 1998. Kaedah Pendidikan Generasi Berwawasan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
BERNAMA. 2006. 17 Januari.
JT Nor Aziah Haji Ujang. t.th. Faedah & Kebaikan Penyusuan Susu. t.tp. Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Putra Jaya.
Husain Muhammad Haikal. 2004. 140 Tips Pendidikan Anak Bersikap Positif Menurut Rasulullah S.A.W. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise

Tiada ulasan:
Catat Ulasan