Isnin, 10 November 2008

Kemelut Politik Negara

  1. Kekalahan besar Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu merupakan sesuatu yang di luar jangkaan. Tiada siapa pun menyangka waimah BN ataupun PR bahawa BN akan mengalami kekalahan seteruk itu dan PR akan menang kerusi yang dipertandingkan sebanyak itu. Sesungguhnya apa yang berlaku itu menuntut banyak perubahan.
  2. Ada sesetengah pemerhati mengatakan bahawa apa yang berlaku ini bukan kerana BN sudah tidak relevan lagi, tetapi lebih kepada proses 'mengajar'. BN di katakan mula angkuh, kurang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, perebutan kerusi tertinggi dalam parti dan macam-macam lagi.
  3. Faktor keselamatan turut dikatakan menjadi faktor beralihnya sokongan kaum Cina kepada BN manakala kemunculan Hindraf berjaya menenggelamkan parti kaum India, MIC. Begitu juga dengan faktor calon yang terlalu lama memegang tampuk. Ini membuatkan rakyat merasa bosan.

Tiada ulasan: