Jumaat, 14 Ogos 2009

Wabak H1N1

Seluruh umat manusia merasa bimbang, khuatir akan kesan yang dibawa oleh H1N1. Kehadiran penyakit ini sememangnya mampu menghadirkan rasa gerun kepada kita semua..Mana tidaknya, sehingga kini belum ada sebarang penawar/anti viral dihasilkan untuk menyembuhkan manusia dari jangkitan penyakit ini. Sehingga hari ini sahaja (14 Ogos 2009) seramai 51 orang telah terkorban. Kebanyakan mereka ini adalah golongan yang berisiko tinggi. Kadang-kadang terfikir juga, apakah segala tindakan atau pelan kecemasan yang dirancang oleh pihak kerajaan mampu untuk mencegah penyakit ini daripada menular. Apakah kita benar-benar mengamalkan segala saranan pihak kesihatan dalam aspek kebersihan diri. H1N1 ini boleh dikatakan sudah menjadi satu 'wabak'. Walaupun 98 peratus pesakit H1N1 telah pulih dan sembuh selepas menjalani rawatan, namun ianya membuatkan kita menjadi tidak senang duduk. Pertambahan bilangan korban H1N1 setiap hari amat menggusarkan. Apakah perintah 'darurat' perlu dikuatkuasakan. Apakah kerajaan perlu mengeluarkan arahan larangan mengadakan majlis-majlis keramaian. Hanya masa akan menentukan. Disebalik gejala wabak ini, timbul juga teori lain mengatakan bahawa H1N1 ini merupakan penyakit yang dirancang oleh kuasa Barat. Ianya bertujuan untuk memulihkan semula ekonomi kuasa ekonomi dunia ini yang merosot. Wallahualam.


Tiada ulasan: