
Cerewet
Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati. Sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana sahaja.
Perhatian
Wanita suka diberi perhatian dan adakalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka 'syok sendiri' dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk.
Penting Diri
Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjerat perasaan mereka kerana sering mengharapkan lelaki memahami sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
Beli-Belah
Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.
Mengumpat
Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai orang lain dan akhirnya mengutuk. Jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
Tidak Tunjuk
Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
Berdiam Diri
Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.
Bebas
Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita mengongkong lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
Penting Diri
Adakalanya isteri kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang.
Berdikari
Jangan terlalu bergantung kepada suami dan teman lelaki anda pada perkara yang mampu anda lakukan. Ada wanita yang terlalu bergantung kepada suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki.
Ubah Perangai
Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia elakkan perbuatan itu kerana ia tidak memberi makna.
Banyak Soalan
Sesetengah wanita suka bertanya pelbagai soalan kepada suami atau teman lelaki tetapi tidak suka kepada jawapan yang diberikan kepada mereka. Ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita.
Rendah Diri
Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan karenah wanita sedemikian.
Sensitif
Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting.
Terima Hakikat
Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu.
Sumber : petuamelayu.com
3 ulasan:
Bukan setakat faham. Kalau faham aje tapi tak terima seadanya tak ke mana bai. Tak faham tapi terima seadanya pun dah kira okay. Kita sebenarnya tak akan faham perempuan. Selalunya cakap lain, nak lain. Kata boleh tapi sebenarnya tak. Hari ni lain, esok dah lain. Jadi terima seadanya. Petua tu jangan ikut.
agak-agaknyer i ada ciri-ciri wanita yang disenaraikan tu tak? kalau boleh siarkan jugak artikel bagaimanan suami harus memahami isteri. baru adil.
sabar..setiap pasangan itu telah ditentukan Allah..Sabar, toleransi membawa berkat...amin
Catat Ulasan