Rabu, 9 September 2009

N31 Bagan Pinang


Pilihanraya kecil lagi..x sudah-sudah dengan pilihanraya kecil...perabiskan duit saje...Ini merupakan pilihanraya kecil yang kesembilan diadakan selepas PRU 12..tapi nak buat macam manakan..Pada hari Jumaat lalu jam 2.30 petang ADUN Bagan Pinang, Y.B. Azman Mohd. Noor telah kembali mengadap panggilan ilahi di Pusat Pakar Seremban...Dalam PRU-12 yang lalu beliau telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,333 undi...Mengikut daftar pemilih yang lalu jumlah pengundi di DUN ini ialah seramai 14,192 orang - 66 % pengundi Melayu, 10.5 % pengundi Cina, 19.9 % pengundi India dan 3.5 % pengundi lain-lain..Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima DUN iaitu DUN Bagan Pinang (UMNO), Linggi (UMNO), Chuah (PKR), Lukut (DAP), Port Dickson (PKR)...Kawasan ini merupakan kubu kuat UMNO/BN..Sudah semestinya UMNO akan berhabis-habisan akan mempertahankan kawasan ini....Selain PRK di Batang Ai, Sarawak...selebihnya adalah merupakan kawasan pilihanraya yang dipertahankan oleh pihak Paktan Rakyat tetapi kali ini di DUN Bagan Pinang kawasan yang akan dipertahankan oleh BN..BN merupakan juara bertahan yang akan mempertahankan kemenangan yang lalu....Siapa yang akan menjadi juara akan ditentukan oleh rakyat di kawasan tersebut...Sama-samalah kita menuggu keputusannya..Apa yang menarik, hampir separuh pengundi di kawasan ini merupakan kakitangan awam (tentera, polis dll)...Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menarik sokongan dari mereka...Kekalahan BN di kawasan pengundi (kakitangan awam) merupakan satu 'bencana'...Kesemua lapan daerah mengundi iaitu di Sirusa, Telok Kemang, Ladang Atherton, Pekan Seliau, Ladang Bradwall. Sua Betong, Taman Eastern dan Kampung Bagan Pinang akan menjadi medan pertempuran antara BN dan PR..
Isu calon sudah diperkatakan di DUN Bagan Pinang...Adakah Tan Sri Isa Samad, selaku Ketua UMNO Bahagian (mantan Menteri Besar) ataupun Tuan Haji Ramli bin Ismail (bekas calon PAS PRU-12) akan menjadi calon belum diketahui lagi... Untuk menang, UMNO harus memilih calon yang benar-benar layak (bersih, berintegriti, rendah diri dan macam-macam lagi ) untuk bertanding...Jadikanlah PRK yang lalu seperti di Permatang Pasir sebagai iktibar....Semoga berjaya....


Tiada ulasan: