Rabu, 8 Julai 2009

Serasikah Anda





Adakah anda berdua pasangan serasi

Jika anda inginkan perkahwinan yg bahagia,carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda. Semakin jauh, semakin baik, begitulah pendapat yg diberikan oleh Kevin Leman.
Pasangan yg urutan lahirnya btolak dari belakang, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dlm kehidupan perkahwinan.
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sbg anak dlm keluarga serta saranan penting sbg panduan.

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. Masalah yg. dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yg lbh bkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Berhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia. Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.
Jgn suka membuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yg belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan ia pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras, bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan. Ini adalah sikap yg sangat tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dgn jelas. Ini dpt mengelakkan drpd berlakunya perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu. Berbincang dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi. Tidak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.
Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda. Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik. Apa kata kita cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”



SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah ‘paradoks’ (kelihatan bercanggah tetapi benar) yg membosankan. Sbg anak yg memiliki kakak/abang dan adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Selalu-selalulah berbincang. Jgn biarkan pasangan anda berkata, ”semuanya ok” tanpa mengetahui hal yg sebenarnya. Berusahalah utk berkongsi perasaan antara satu sama lain.
Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bg anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.
Jika ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama.



SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yg ideal dan saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup dan rancangan masa depan. Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup. Sebaiknya ialah, isteri sulung sementara suami bongsu. Wanita yg lahir sbg anak sulung, sifat keibuannya sangat tinggi. Sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. Dlm hal ini, mrk saling lengkap melengkapi. Namun perlu diingat, kebahagian dlm perkahhwinan bkn ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jgn terlalu memperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Kerana setiap org mempunyai kelemahan, tetapi ia harus, diperbaiki dgn cara sebaik mungkin. Jgn terlalu drastik, tetapi pasti.
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahawa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tidak diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jika sukar utk bercakap cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Spt surat, kad atau pun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sbgnya.
Luaskan pergaulan. Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga. Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negatif.
Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.


TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif dan seorang lagi sosial. Satu kombinasi yg baik dlm segala aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan.
Sesekali cubalah idea2 baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
Berusaha utk berkongsi dlm segala hal. Jangan menangis atau ketawa sendirian.


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dgn masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak daripada awal lagi, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan kewajiban masing2. Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga. Jika ianya diabaikan, sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jgn suka bertikam lidah, sebaliknya jadilah pendengar setia utk pasangan. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan segala masalah.
Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan, agar tidak berlaku sesuatu yg tidak diingini.
Jangan memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari.
Hadapi segala apa yg mendatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.



Namun catatan ini tidak lebih drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat. Jadi, walaubagaimanapun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik. Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda. Dengan kata lain, apa yg dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk, bukannya anak panah.

1 ulasan:

straitsviewpictures berkata...

oit, bai bile nak balik jb.. lepak setia tropika?